NUEST terbubar secara rasmi hari ini

Tanggal 14 Mac 2022, berakhirnya perjalanan NUEST di dalam industri kpop Korea. Genap 10 tahun menaburkan bakti, akhirnya NUEST dibubarkan setelah masing-masing tidak dapat memberikan komitmen untuk meneruskannya. Sebagai cenderahati terakhir, mereka akan melancarkan album komplikasi ‘Needle & Bubble‘ pada 15 Mac 2022 hari esok. Sebelum ini, kesemua ahli NUEST mengemukakan surat buat peminat menerusi…

Read More

[Gempar] Panel jemputan tiba-tiba jatuh pengsan ketika KBS Ask Anything tengah bersiaran langsung

Salah seorang panel jemputan untuk KBS Ask Anything tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu KBS Ask Anything sedang bersiaran langsung di kaca tv. Panel jemputan tersebut ialah Kim Hak Seon, seorang doktor pakar ortopedik dari Severance Hospital tiba-tiba rebah ketika panel lain sedang mengajar teknik untuk mencegah penyakit strok berkaitan jantung. Serentak dengan itu, pengacara cepat-cepat mengumumkan…

Read More

Kim Chae Won & Miyawaki Sakura, bekas ahli IZONE ini, sah bakal sertai kumpulan kpop baru di bawah label HYBE

Miyawaki Sakura dan Kim Chaewon sudah pun memutuskan untuk bersama dengan Source Music, salah satu agensi kelolaan label HYBE, bagi meneruskan kerjaya nyanyian mereka selepas IZONE terbubar. Menurut Source Music yang mengesahkan berita itu pada 14 Mac 2022 hari ini, jurucakap agensi itu berkata, “Kami sudah pun menandatangi kontrak dengan Miyawaki Sakura dan Kim Chaewon berdasarkan…

Read More

Penyanyi idol daripada kumpulan kpop popular didakwa buat bunyi bising sehingga ganggu jiran

Seorang penyanyi daripada kumpulan kpop popular dikecam kerana membuat bunyi bising sehingga mengganggu jirannya. Pada 10 Mac 2022, seorang netizen menulis di dalam suatu laman komuniti forum berjudul, “Membongkar bunyi bising yang diadukan ke atas penyanyi kumpulan kpop popular.” Menurut B,  A telah membuat bunyi bising hampir tiap-tiap hari hingga malam hari sejak berpindah ke…

Read More

Sudahlah rambutnya merecik-recik basah, netizen terharu Jungkook BTS sudi kongsikan videonya baru balik meninju

Jungkook BTS berkongsikan satu klip video menerusi instastory-nya pada 11 Mac 2022. Difahamkan Jungkook BTS baru saja melaksanakan rutin harian dengan berlatih tinju bersama jurulatih persendiriannya. Jungkook dilihat memalingkan mukanya berkali-kali dengan rambutnya yang masih kebasahan akibat baru direndam dengan air. Menariknya, Jungkook mengelipkan mata berulang-kali seolah-olah dalam keadaan terpinga-pinga, menyebabkan peminat berasa teruja menyaksikannya….

Read More

“Jangan buat komen provokatif ya” – IU tolak tawaran Jay Park jadi model ‘soju’ syarikatnya

Baru-baru IU dan Jay Park berinteraksi sesama sendiri di laman instagram setelah kedua-duanya memutuskan untuk berkolaborat bagi menghasilkan single terbaru, ‘GANADARA’. Melalui video teaser ‘GANADARA’ yang disertakan, Jay Park berasa terkilan kerana IU tidak memunculkan diri di set penggambaran muzik video. Sebagai respons, akaun instagram syarikat jenama soju kendalian Jay Park kemudiannya meletakkan komen di…

Read More

“Selamat tinggal hayatku” – Pernah dihukum memandu dalam keadaan mabuk, mesej terkini Lizzy After School ini telah gusarkan netizen

Lizzy atau nama sebenarnya Park Soo Young, bekas ahli ‘After School’ ini telah menggusarkan netizen dengan mesej seakan-akan mahu mengambil tindakan yang ekstrem di dalam hidupnya. Pada 10 Mac 2022, Lizzy mengemaskini laman instagramnya dengan gambar karakter animasi ‘The Little Mermaid’. Lizzy menukilkan,”Hayatku, Annie Yong” yang ditafsirkan oleh netizen sebagai, “Selamat tinggal hayatku” berikutan perkataan…

Read More

Sanggup datang untuk berjumpa dengannya, Jang Ki Yong dikejutkan dengan kehadiran Song Hye Kyo di kem latihan ketenteraan

Jang Ki Yong yang kini sedang menjalani khidmat ketenteraan, mendedahkan bahawa Song Hye Kyo pernah melawatnya di kem latihan ketenteraan. Di dalam satu temubual bertajuk ‘Two O’Clock Escape Cultwo Show’ yang dianjurkan oleh SBS Power FM, Jang Ki Yong ditanya oleh seorang pendengar radio tentang perasaannya apabila terpaksa berkhidmat sebaik saja menghabiskan penggambaran drama. “Kau tak…

Read More

Netizen syak sesuatu selepas Yuna ITZY & Jay ENHYPEN dilihat memesan menu makanan yang sama

Netizen mengesyaki sesuatu tentang hubungan antara Yuna ITZY dan Jay ENHYPEN apabila kedua-duanya dilihat memesan menu makanan yang sama. Menurut satu hantaran yang tertular di laman komuniti forum, Yuna ITZY dilihat memesan burger dengan plat nama ‘Gordon Ramsay’ tertera di atasnya serta air minuman berkarbonat berdasarkan kemaskini dibuatnya di laman sosial. Sehari kemudian, Jay ENHYPEN…

Read More