Dituduh beri hadiah peminat kepada teman wanita, penyanyi idol baru ini akhirnya memohon maaf

Lee Solomon, penyanyi idol yang baru menjinakkan dirinya di dalam industri hiburan, memohon maaf berhubung kontroversi penyerahan hadiah pemberian peminat kepada teman wanitanya.

“Aku rasa susah hati dengan berbagai-bagai isu termasuklah kenyataan yang aku tak boleh cakap, yakni khabar angin yang tersebar disebabkan spekulasi dan tokok tambah. Aku hanyalah manusia yang lemah. Walaupun wujudnya penderitaan ke atas hidupku, malah ke atas hidup orang yang kusayangi, aku tak nak salahkan sesiapa. Aku tak pernah rasa geram terhadap mereka yang bercakap mengenai diriku dan mengecamku. Aku hanya mahu menyalahkan diri-sendiri saja,” kata Lee Solomon.

“Aku rasa bersalah kerana tak dapat bagi gula-gula kepada budak yang menangis. Aku hanya nak sampaikan salam kemaafan kepada mereka yang sakit hati keranaku, orang yang kusayangi ketat-ketat dan peminat yang turut terkena tempias,” sindir penyanyi itu.

Terdahulu, pada 12 Mac 2022, netizen A telah membuat satu hantaran dengan tajuk, ” Penyanyi lelaki baru yang sanggup membiarkan teman wanitanya memakai barangan pemberian peminat“. A berkata, “Bias aku ini baru saja debut 4 bulan lalu, jadi aku rasa dia tak punyai banyak baju. Banyak peminat mahu lebih kerap berfesyen, maka diorang hantarlah baju kepadanya. Tak kusangka dia serahkan hadiah itu pada teman wanita yang kemudiannya memuatnaik di dalam instagram-nya.”

Lee Solomon

A turut menyertakan satu foto sebagai bukti yang mengatakan bahawa teman wanita penyanyi itu memakai baju pemberian peminat. Selain itu, A juga mendakwa penyanyi tersebut tidak mahu mencacahkan nama kelab peminat di atas pemberian peminatnya iaitu mikrofon berharga 26 juta won (~RM 88,514), sebaliknya mahu menamakan kelab peminat sendiri.

Lee Solomon yang baru ‘debut’ sebagai penyanyi idol setelah menyertai program realiti tv, TV Chosun Tomorrow Is A National Singer pada empat bulan lalu, merupakan seorang bekas penyajak.

Sumber: sport khan