Jimin BTS akan sumbang suara buat pertama kali untuk OST drama tvN Our Blues

Jimin BTS akan menyumbangkan suaranya buat pertama kali sebagai OST drama tvN Our Blues yang mula ditayangkan pada 9 April 2022 depan.

Produser yang bertanggungjawab menghasilkan OST tersebut dilaporkan berkata, “Disebabkan orang hebat seperti Jimin BTS pun akan sertai juga, kami rancang untuk mencergaskan penonton dengan hidangan OST yang mahal supaya perjalanan drama dapat diharmonikan.

Ini kali pertama Jimin menyumbangkan suaranya untuk OST drama, dan beliau menjadi ahli BTS ketiga berbuat demikian selepas Taehyung dan Kim Seok Jin.

Drama terbaru projek Noh Hee Kyung ini berkisarkan tentang kehidupan harian masyarakat yang tinggal di kepulauan Jeju, Korea. Lee Byung Hun akan membawakan watak sebagai Lee Dong Seok yang lahir di sebuah perkampungan kecil bertempat di Pulau Jeju. Kerjanya hanya menjual dan memunggah barang daripada lori trak miliknya. Beliau dipertemukan dengan Min Sun A (lakonan Shin Min Ah) yang baru berpindah di Jeju.

Choi Han Soo yang bakal dilakonkan oleh Cha Seung Won ini kembali semula ke pulau Jeju selepas menimba kejayaan di bandar. Beliau mahu berjumpa dengan cinta pertamanya, Jung Eun Hee (lakonan Lee Jung Eun) yang sedang mengendalikan pasar basah di pulau tersebut. Jung Eun Hee merupakan sahabat baik Go Mi Ran (lakonan Uhm Jung Hwa) yang terpaksa pulang ke Jeju selepas berputus asa dengan kehidupan di bandar.

Lee Young Ok lakonan Han Ji Min pula kembali ke Pulau Jeju setelah menjadi haenyeo semenjak setahun lalu. Dia ditakrifkan sebagai seorang yang cerita namun terpalit dengan berbagai-bagai cerita buruk mengenainya. Dia bertemu dengan Park Jung Hoon (lakonan Kim Woo Bin), selaku kapten kapal. Park Jung Hoo pernah beriktihar untuk mencari wanita yang tidak akan meninggalkan pulau Jeju, tapi akhirnya jatuh cinta terhadap Lee Young Ok.

Penonton nampaknya tidak sabar menantikan drama ini kerana dibarisi oleh ramai pelakon yang hebat serta bekerjasama dengan penulis skrip yang juga hebat, Noh Hee Kyung. Digelar sebagai ‘alchemy queen of language’ kerana penulisannya yang penuh dengan dialog berbunga-bunga dan metafora di samping subtle serta sarat dengan emosi, penulis skrip Noh Hee Kyung adalah individu yang bertanggungjawab untuk beberapa drama hit antaranya  tvN “Live” (2018),  SBS “It’s Okay, That’s Love” (2014) dan SBS “That Winter, The Wind Blows” (2013).

Sumber: xsportnews

loading...