Sanggup datang untuk berjumpa dengannya, Jang Ki Yong dikejutkan dengan kehadiran Song Hye Kyo di kem latihan ketenteraan

Jang Ki Yong yang kini sedang menjalani khidmat ketenteraan, mendedahkan bahawa Song Hye Kyo pernah melawatnya di kem latihan ketenteraan.

Di dalam satu temubual bertajuk ‘Two O’Clock Escape Cultwo Show’ yang dianjurkan oleh SBS Power FM, Jang Ki Yong ditanya oleh seorang pendengar radio tentang perasaannya apabila terpaksa berkhidmat sebaik saja menghabiskan penggambaran drama. “Kau tak nak berjumpa lagi dengan Song Hye Kyo ker?,” soal pendengar radio itu.

“Aku sempat habiskan penggambaran empat hari sebelum masuk ‘military service’. Aku cuba menghabiskan apa yang patut tetapi risau sebab aku mungkin tampak agak kaget pula di kaca tv. ‘Oh betulkah itu aku?’, Menarik bila difikirkan. Lagi pula, rasa syok tengok drama dengan kawan-kawan dan senior di sini,” katanya.

Kemudian DJ Kim Tae Gyun menanya, “Adakah Song Hye Kyo pun datang lawat?”

“Ya, dia datang berjumpa dengan krew lain (drama Sbs Now, We Are Breaking Up). Ia sangat membantu aku dengan kehadirannya,” sambungnya lagi yang nyata terkejut dengan kemunculan Song Hye Kyo ketika itu.

‘Blue Helmet: Meisa’s Song’, adalah sebuah teater muzikal yang dibintangi oleh Jang Ki Yong, Chanyeol EXO dan Hyojin ONF, bakal dipersembahkan buat hadirin bermula 18 Mac 2022 di Daesung D Cube Art Center.

Sumber: donga

loading...