Didesak buat permohonan maaf kerana memakai loket nama ‘Allah’, Jake ENHYPEN terima pesanan peminat namun ‘terpotong’ daripada buat penjelasan

Sim Jae Hyun atau Jake daripada kumpulan ENHYPEN membuat sesi VLive bersama peminat pada 19 Feb 2022 hari ini.

Namun, peluangnya untuk berinteraksi dengan peminat tidak berlangsung dengan baik apabila sebilangan peminat daripada kalangan umat Islam mendesaknya untuk membuat permohonan maaf kerana pernah memakai loket dengan nama ‘Allah’ ketika beraksi bersama ENHYPEN di pentas SBS Inkigayo pada 23 Jan 2022 sebelum ini.

Ruangan komentar pada asalnya dipenuhi dengan pesanan daripada peminat untuk membuat permohonan maaf dengan kadar segera. Akan tetapi, riak muka Jake terus berubah selepas membaca komen berbaur cercaan ke atasnya.

Seorang peminat yang mendakwa dirinya beragama Islam telah menyampaikan pesanannya buat Jake, namun perhubungannya kemudian telah dihentikan serta-merta sebelum sempat Jake membuat penjelasan lanjut mengenainya. Jake hanya sampaikan ayat, ‘saya sayang kamu’ berserta gestur tangan di akhir bicara dengan peminat itu.

Berhubung insiden tersebut, peminat ENHYPEN melahirkan rasa simpatinya di atas Jake dan menyalahkan agensinya, Belift kerana tidak memberikannya peluang untuk membuat penjelasan, seterusnya menghulurkan permohonan maaf di hadapan peminat.

Sumber: twitter, allkpop

loading...