Dedah nombor telefon palsu sekadar suka-suka, Younghoon The Boyz akhirnya buat permohonan maaf

Younghoon The Boyz membuat permohonan maaf hari ini selepas nombor telefon yang didedahkan olehnya menerusi perhubungan bersama peminat tertular di sebuah laman komuniti forum.

“010xxxxxx . Seseorang tanya ini ‘Younghoon, aku ini Lee Jaehyun’. Oh, jangan telefon aku lagi. Aku tak tahu nak cakap apa, aku nak minta maaf. Aku janji takkan telefon… Oh itulah tarikh ‘debut’ kami. Aku hanya bergurau saja. Tak sangka kena pula. Aku percaya sebab kau dah janji kan?,” tulisnya seperti yang tertular sebelum ini.

Dakwa Younghoon, nombor telefon tersebut direkanya sendiri sekadar suka-suka saja semata-mata bergurau dengan peminatnya. Walaubagaimanapun, nombor telefon yang direka oleh Younghoon itu telah dikongsikan oleh peminat itu di laman komuniti forum dan kemudiannya tertular hingga mendatangkan ketidakselesaan pada pemilik sebenarnya. Hal ini kerana sebilangan peminat dikatakan cuba menghubungi nombor telefon itu sebaik saja dipaparkan untuk perhatian mereka.

Untuk mengelakkan isu itu bertambah buruk di kemudian hari, Younghoon tampil membuat penjelasan di laman kafe peminat pada 19 Feb 2022 hari ini.

“Aku ingin memohon maaf di atas masalah aku buat pada petang 16 Feb 2022 lalu. Mesej peribadi aku (dengan peminat) itu telah menyakitkan individu tertentu. Aku sudah pun memohon maaf menerusi agensiku, sekali lagi aku memohon maaf secara peribadi di sini. Aku cuai kerana terlalu selesa bergurau dengan peminat,” kata Younghoon.

“Aku sedar nombor telefon yang aku reka berdasarkan tarikh ‘debut’ The Boyz’ itu sebenarnya sedang diguna oleh seseorang. Aku mahu peminat memahaminya dan bekerjasama supaya tiada lagi kerosakan dibuat ke atas individu itu. Aku akan lebih berhati-hati selepas ini,” tambah Younghoon lagi selepas menyedari nombor telefon sedang dipergunakan oleh seseorang.

Sumber: mbn , tenasia

loading...