Hyoyeon SNSD bertindak menutup ruangan komentar di laman instagram-nya setelah dikecam bertalu-talu oleh netizen China kerana memuji kecantikan Hanbok buatan Korea.
Pada 8 Feb 2022 lalu, Hyoyeon memuatnaik beberapa foto dirinya mengenakan pakaian tradisi Korea, hanbok berwarna hitam kebunga-bungaan sempena mempromosikan ‘KOREA CONTENTS WEEK (Kocoweek) sambil menulis kapsyen, “Hanbok Korea sangat cantik” di laman instagramnya.
Namun begitu, niat baiknya untuk mempromosikan budaya Korea tidak diterima oleh netizen China yang kebanyakannya masih menganggap warganegara Korea mencilok tradisi pemakaian hanfu ketika berlangsungnya perayaan Tahun Baru China dengan memakai hanbok sebaliknya.
Komen-komen yang jelik serta sumpah-seranah yang berpanjangan menyebabkan Hyoyeon bertindak menutup ruangan komen di laman instagram buat sementara. Akibatnya, gambarnya memakai hanbok tersebut telah menerima lebih 400,000 tanda suka.
Ini bukan kali pertama golongan artis Korea menerima kecaman daripada netizen China berhubung isu pertembungan budaya antara dua negara apabila Suga BTS dan Lee Jonghyuk turut menjadi mangsa kecaman sebelum ini. Malah, tindakan Ningning Aespa mengucapkan tahniah untuk kemenangan pasukan China di dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 juga tidak disenangi oleh netizen Korea pula hingga membawa kepada perdebatan berpanjangan di ruangan komuniti forum.
Hyoyeon kini terbabit di dalam projek SM Ent. untuk kumpulan GOT The Beat dengan menyanyikan lagu Step Back.
Sumber: newsis