Yoon Chan Young ‘All of Us Are Dead’ dituduh pernah membuli kawan perempuan sewaktu di sekolah dulu

Yoon Cha Young, pelakon kanak-kanak yang baru meningkat akhir kerana membintangi siri Netflix All of Us Are Dead baru-baru ini, berdepan dengan tuduhan membuli seseorang sewaktu di sekolah dulu.

Tuduhan buli tersebut merujuk kepada hantaran dibuat oleh netizen A menerusi laman twitter pada tahun 2016 dahulu. Isu itu mula berbangkit semula selepas netizen B pula memetik kenyataannya, mendakwa dia bekas kawan sekolah Yoon Chan Young.

“Aku tidak sedar betapa seriusnya perasaan seseorang yang begitu benci pada perempuan. Di sekolah, mereka mengajar kami diskriminasi terhadap wanita semakin berkurangan, dan aku pun percaya,” kata netizen A memulakan mukdimah ceritanya.

“Ketika sedang makan tengah hari, aku nampak kawan-kawanku membaca satu kepingan kertas sambil berbisik-bisik. Aku tertanya-tanya siapalah yang disumpah-seranah  oleh mereka itu dan aku pun tumpanglah tengok sekali. Kepingan kertas itu sebenarnya menceritakan tentang kedudukan pelajar perempuan berdasarkan piawaian tertentu. Cikgu perempuan kami juga disenaraikan sekali. Aku berada dalam kalangan tiga teratas, tetapi tidak ingat samada pelajar-pelajar perempuan ini diaturkan mengikut piawaian berbeda. Cikgu disiplin kami kemudiannya mengarahkan kami pulang ke rumah kecuali mereka yang disenaraikan itu dan juga mereka yang menulis senarai kedudukan itu. Dia mengarahkan pelaku supaya memunculkan diri dengan muka menghadap dinding. Pelaku-pelaku tersebut ialah Park Joo Hyung, Im Se Hyun, dan Hong Ji Pyo. Termasuk juga, pelakon kanak-kanak Yoon Chan Young,” jelas netizen A.

Menurut netizen A lagi, dia pernah menerima permohonan maaf daripada seseorang yang tidak dikenali berhubung isu tersebut menerusi KakaoTalk dan peti mesej.  “Aku minta maaf. Aku bukan buat begitu kerana tidak sukakan kau, tetapi sekadar bergurau dengan kawan-kawan lain dan tak sangka ianya telah melampaui batas. Selaku ketua, aku menyesal kerana tidak menghalang mereka. Aku tidak akan buat lagi. Maaf. Berikan aku peluang sekali lagi,” kata salah seorang pelaku yang menghubungi netizen A tanpa mendedahkan namanya.

Sehingga kini, netizen A dikatakan belum lagi menerima permohonan maaf secara rasmi daripada pihak Yoon Chan Young. Bekas pelakon kanak-kanak ini telah lama menjebakkan diri dalam dunia lakonan sejak berusia 11 tahun lagi.

Terdahulu, Yoon Chan Young membawakan watak pelajar bernama Cheong San yang tidak mudah mengalah dan boleh diharap untuk menangani krisis penularan wabak penyakit ‘zombies’ yang berlaku di sekolah di dalam drama Netflix All of Us Are Dead. Lakonannya mendapat pujian daripada penonton yang rata-rata tertanya-tanya adakah perilaku Yoon Chan Young adalah sebegitu di dalam kehidupan sebenarnya.

Sumber: N/A

loading...