Haechan NCT dan Ryujin ITZY sekali lagi didakwa sedang bercinta oleh netizen selepas mesej yang ditulis oleh mereka menerusi ‘Dear. U Bubble’ itu menunjukkan kesamaan di antara satu sama lain.
Di dalam satu hantaran popular dibuat menerusi laman komuniti forum pada 29 Jan 2022, Haechan dan Ryujin telah menggunakan perkataan yang sama untuk menyampaikan mesej berharga buat peminat mereka masing-masing. Kedua-duanya menggunakan perkataan ‘sayang (sweet)’ dan ‘tidurlah kamu sayang (have sweet dreams)’.
Netizen menganggap penggunaan perkataan yang sama bukan lagi berlaku secara kebetulan memandangkan kedua-duanya acapkali pernah ditangkap menggunakan frasa yang lebih kurang sama untuk berinteraksi bersama peminat sebelum ini. Malahan, gambar kedua-duanya dikatakan telah memakai aksesori sama serta video Haechan dengan ekspresi wajahnya yang mengejut kerana melayari kandungan berkaitan dengan ITZY, turut dikepilkan sekali sebagai bukti lampiran.
Terdahulu, kedua-duanya dilihat menggunakan frasa sama, ‘bunga telur (egg flower)’ sewaktu mahu mencampurkan telur ke dalam maggie (mee ramen) yang dimasak oleh mereka masing-masing. Haechan yang ketika itu telah mengungkapkan, “Kau campur telur ini terlalu banyak sangat. Tengok apa jadi, bunga telur terhasil” di dalam siri “Stick Together” NCT 127 bersama Taeil manakala Ryujin pula menulis, “Dua telur untuk mee ramen. Satu terlalu sikit. Selepas kau campurkan dengan air, kau tuang ke atas mee yang telah direbut. Kemudian, bunga telur terhasil,” mencetuskan apa yang disangka oleh netizen sebagai bibit-bibit percintaan di antara mereka.
Sumber: pann nate