Jonathan Thona akui masih menunggu diberi taraf kewarganegaraan oleh kerajaan Korea

Jonathan Thona yang kadang-kadang dilihat membuat kemunculan di dalam rancangan realiti tv Korea, kini masih menunggu keputusan kerajaan Korea untuk memberikannya status kerakyatan walaupun telah memohon sejak sekian lama.

Selebriti Youtube yang pernah membuat ‘cameo’ di dalam drama SBS The Racket Boys itu, menjelaskan alasan sebenar dia mahu menjadi warganegara Korea ialah untuk berkhidmat dengan ketenteraan.

“Aku sudah tinggal di Korea sejak berusia 8 tahun lagi. Aku fikir aku mahu membayar balik apa yang aku terima daripada masyarakat. Salah satu sebab kenapa aku mahu dinaturalisasikan adalah untuk berkhidmat dengan ketenteraan. Ketika di sekolah tinggi dulu, ada kawan pernah bagitahu, ‘Jonathan takkan masuk tentera~’. Lama-kelamaan, satu-persatu kawan aku menyertai khidmat negara, tinggal aku seorang saja. ‘Kalau kau tak boleh pergi, jangan pergi’, ungkapan yang buatku rasa terharu dan mereka masih mahu melindungi aku tatkala aku diberitahu keadaan di sana agak sukar selama setahun setengah lamanya. Jadi, aku nak tawarkan bantuan untuk melindungi Korea seperti mereka juga,” katanya.

“Naturalisasi dan kemasukan ke dalam ketenteraan mengambil masa lama untuk berbuat demikian. Prosesnya juga rumit. Mungkin permohonan aku sukar untuk ditunaikan. Namun, aku nak bagitahu akan bekerja untuk menunaikan janjiku ini. Aku akan berusaha untuk dinaturalisasikan juga satu hari nanti. Bagiku, Korea lebih daripada sekadar tempat untuk menetap,” ujarnya lagi.

Sumber: Youtube Korea

loading...