Ha Suk Jin, Jung Eun Ji Apink & OK Taecyeon 2PM bakal dipertemukan untuk drama terbaru OCN Blind

OK Taecyeon dilaporkan sedang meneliti tawaran lakonan terbaru di samping Ha Sukjin dan Jung Eunji di dalam OCN Blind.

OCN Blind berkisarkan tentang sekumpulan marhaen dalam kalangan detektif, hakim, pelajar sekolah undang-undang dan juri yang menjadi mangsa ketidakadilan kerana ditindas oleh pelaku sebenar yang cuba disorokkan daripada kisah sebenar.

OK Taecyeon dijangka akan memegang watak detektif jenayah bernama Ryu Sung Jun yang mengimpikan untuk menghukum kejahatan dan mahu menyelamatkan dunia bagi menyaksikan keadilan abangnya ditegakkan di mata masyarakat.

OK Taecyeon yang memulakan kariernya sebagai penyanyi kumpulan 2PM sejak tahun 2018 ini lebih menumpukan kerjayanya dalam bidang lakonan seperti tvN Vicenzo, dan terbaru sekali tvN Secret Royal Inspector and Joy yang baru saja habis ditayangkan pada Disember 2021 lalu selepas menghabiskan khidmat ketenteraan pada Mei 2019. Manakala butiran perwatakan Jung Eun Ji dan Ha Suk Jin pula belum didedahkan setakat ini.

Jung Eun Ji yang ‘debut’ menerusi Apink pada tahun 2011 ini lebih dikenali kerana drama tvN Reply 1997 dan kali terakhir berlakon melalui drama TVING Work Later, Drink Now.

OCN Blind yang bakal mendapat khidmat sutradara Shin Yong Hwi (“OCN Tunnel”,”SBS Faith”) dan penulis skrip Kwon Ki Kyung (“KBS Andate”) ini, telah dirancang tayangannya selepas pertengahan tahun 2022 nanti.

Sumber: asiae

loading...