“Aku akan lepuk kau kalau buat lagi” – Jamie Park akhirnya memaafkan Jae Park selepas insiden panggilan jijik ke atasnya

Jamie Park atau nama sebenarnya Park Jimin, telah bersedia memaafkan Jae Park berhubung insiden panggilan jijik ke atasnya pada tempoh hari.

Di dalam beberapa hantaran dibuatnya menerusi twitter, Park Jimin sudi memaafkan bekas ahli Day6 itu selepas berjumpa dengannya beberapa hari yang lalu.

“Jae datang jumpa dengan aku dan dia meminta maaf kerana terlanjur kata. Jika korang kenal Jae sebagai kawan atau kenalan rapat, mungkin korang tahu dia tak bermaksud apa yang dia cakap. Dia janji akan berhati-hati semasa menggunakan perkataan tertentu. Kejadian ini sebagai ingatan buatnya dan masa depannya agar dia menuju ke arah yang lebih baik..Aku bagitahu semua apa yang kurasa dan dia betul-betul rasa tercelaru. Jadi, untuk semua orang dan peminat yang terkesan, dia nak bagitahu yang dia takkan buat lagi kesilapan sama atau bergurau senda tentang perkara yang serius. Inilah tugas kawan, kan?,” katanya.

Baca lagi: Memanggil Jamie Park dengan gelaran jijik, Jae Park memohon maaf kerana terlanjur kata

“Jae Park, aku akan lepuk kau kalau buat lagi,” sebutnya lagi mengakhiri kalam di twitter.

Sebelum ini, Jae Park telah memanggil Jamie Park sebagai ‘perempuan jalang’ sewaktu berinteraksi bersama peminat menyebabkannya dikecam netizen. Dia terus membuat permohonan maaf kepada Jamie Park selepas itu.

Sumber: twitter

loading...