Lee Do Hyun, Park Sung Hoon, Song Hye Kyo dan Im Ji Yeon telah ditawarkan membintangi drama “Glory” nukilan penulis skrip tersohor, Kim Eun Sook yang terkenal dengan karya-karya seperti “KBS Descendants of The Sun”,”tvN Goblin”,”tvN Mr. Sunshine” dan “SBS Secret Garden” sebelum ini.
Drama terbaru itu berkisarkan tentang pelajar sekolah tinggi yang berimpian untuk menjadi artiket, namun terpaksa berhenti sekolah selepas menderita akibat menjadi mangsa buli. Beberapa tahun kemudian, pelaku buli tersebut telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Anaknya kemudian menjadi pelajar sekolah rendah di bawah jagaan cikgu kelas yakni mangsa buli tersebut. Di situ bermulanya kisah balas dendam untuk memperbetulkan balik apa yang salah ketika dirinya dibuli pada suatu ketika dulu.
Dong Eun, cikgu kelas tersebut bakal dilakonkan oleh Song Hye Kyo manakala Lee Do Hyun pula bakal membawakan watak, Joo Yeo Jung yakni kekasih hatinya di sekolah tinggi dulu dan menjadi penyebab dia mahu balas dendam pada masa kini.Park Sung Hoon dan Im Ji Yeon masing-masing akan membawakan watak yang belum didedahkan butiran mengenainya, berkemungkinan ibu bapa kepada kanak-kanak yang mana Dong Eun menjadi cikgu didiknya.
“Glory” bakal mendapat hak tayangan di Netflix nanti dan akan diarahkan oleh Ahn Gil Ho (“tvN Forest of Secrets,” “tvN Memories of the Alhambra”).
Sumber: sport donga