Jung Chaeyeon DIA sebagai cinta hati buat Yook Sungjae untuk drama MBC Golden Spoon nukilan penulis skrip ‘Winter Sonata’

May be an image of 2 people

Yook Sungjae BTOB dan Jung Chaeyeon DIA akan dipasangkan buat pertama kali di dalam drama terbaru MBC berjudul ‘Golden Spoon’.

MBC Golden Spoon yang diadaptasikan daripada webtoon daripada judul yang sama berkisarkan tentang seorang budak lelaki daripada keluarga papa kedana yang menggunakan sudu emas misteri untuk menukarkan nasibnya dengan kawan yang berasal daripada keluarga kaya-raya.

Yook Sungjae bakal membawakan watak Lee Seung Chun, lelaki yang mahu menukar dirinya dengan menggunakan sudu emas itu manakala Chaeyeon DIA pula akan melakonkan watak heroin yang belum dispesifikasikan perwatakannya setakat ini.

MBC Golden Spoon adalah naskah terbaru nukilan Yoon Eun Kyung dan Kim Eun Hee yakni penulis duo bertanggungjawab menghasilkan drama popular KBS Winter Sonata dahulu manakala sutradara Song Hyun Wook (tvN Another Oh Hae Young, jtbc Beauty Inside) bertindak sebagai pengarahnya.

MBC Golden Spoon dijangka tayangannya menjelang pertengahan kedua tahun 2022 ini.

Sumber: newsen

loading...