IZONE umum adakan konsert “online” besar-besaran yang terakhir sebelum ura-ura pembubaran mereka sepenuhnya

May be an image of 12 people and people standing

IZ*ONE telah mengesahkan untuk mengadakan konsert “online” solo besar-besaran selama dua hari bermula 13 Mac 2021 ini sebelum pembubaran mereka menjelang bulan April depan.

Konsert yang diberikan nama sebagai “IZ*ONE ONLINE CONCERT [ONE, THE STORY]”, merupakan konsert pertama mereka sejak ‘ONEIRIC THEATER’ yang dibuat pada bulan September tahun 2020. Ketika itu, IZONE menyediakan berbagai-bagai kemudahan teknologi terkini seperti Realiti berperantara (“Augmented Reality (AR)”) dan Realiti terluas (“Expanded Reality (XR)”) bagi menghiburkan peminat.

Konsert ini pula dikatakan akan menampilkan barisan kugiran secara langsung di atas pentas dan juga memperkenalkan unit pentas yang baru. Selain konsert solo ini, IZONE juga akan menyertai konsert bersama di bawah UNIVERSE yang turut menampilkan Kang Daniel, ATEEZ dan lain-lain lagi.

IZONE mencatatkan kegemilangan berterusan sejak diperkenalkan pada lewat tahun 2018.  Setakat ini IZONE telah mengeluarkan 3 album di Korea dengan setiap satu daripadanya telah merekodkan jualan melebihi 350,000 unit, sehingga pernah tercatat sebagai album kumpulan kpop perempuan paling laris di dalam seminggu, menurut Hanteo sebelum rekod itu dipecahkan oleh Blackpink kemudian.

Malah, satu-satunya album keluarannya mereka di Jepun pada Oktober lalu, “Twelve” turut mencatatkan jualan melebihi 124,178 unit di dalam sehari, sekaligus memecahkan rekod yang pernah disandang oleh TWICE sebelumnya selain menduduki posisi no.1 di dalam carta mingguan Oricon dan Billboard Japan.

Sumber: newsen

loading...