Didakwa berlagak samseng & buli budak OKU, Kim Dong Hee kini dibersihkan daripada segala tuduhan

May be an image of 2 people

Peguam yang mewakili Kim Dong Hee, Jang Hyun mengeluarkan kenyataannya berhubung keadaan terkini anak guamnya.

“Kim Dong Hee terpaksa bertungkus-lumus untuk memperbetulkan balik tuduhan yang diposkan pada Februari lalu. Kim Dong Hee menghantar semua bukti termasuklah kenyataan daripada cikgu, alumni serta penyata rekod sekolahnya. Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Kim Dong Hee masih sekolah rendah lagi, dan tiada bukti ianya benar-benar berlaku, oleh sebab itu, keputusan siasatan mendapati Kim Dong Hee tidak bersalah,” katanya.

“Kim Dong Hee membesar dengan dua orang ahli keluarganya mengalami kecacatan. Walaupun hidup keluarganya agak sukar, dia tetap mahu mempertahankan penderitaan keluarganya. Maklumat palsu tentang perangai buruknya ke atas orang hilang upaya itu telah melukakan hatinya, serta hati keluarganya.Memang Kim Dong Hee pernah memberontak ketika kecil kerana persekitaran tidak berapa baik, tapi tiadalah sampai membawa kepada masalah sosial,” tambahnya lagi.

Tindakan tegas peguam itu diambil selepas seorang netizen mendakwa Kim Dong Hee pernah berlagak jadi samseng hingga membuli orang cacat pada Februari tahun 2021. Dakwanya, Kim Dong Hee menggantungkan rokok di lehernya, pernah merokok di dalam kelas, pernah menampar muka seorang budak OKU serta pernah memaksa orang mengurut badannya. Dakwaan daripada netizen lain pula mengatakan Kim Dong Hee pernah mencekiknya berulang kali sehingga menerima ugutan bunuh.

Berikutan tertularnya dakwaan tersebut, Kim Dong Hee yakni pelakon jtbc Itaewon Class dan Netflix Extracurricular kini terpaksa berehat daripada segala aktiviti seni selama hampir setahun.

Sumber: N/A

loading...