Nama Israel terang-terang disebut, Junhoe iKON didakwa guriskan hati umat Islam pada malam hari Natal

May be an image of 2 people

Junhoe iKON dikecam oleh segelintir netizen daripada kalangan umat Islam baru-baru ini di atas sokongannya secara berkias terhadap isu melibatkan kepentingan Israel.

Junhoe memuatnaik satu gambar di laman sosial dengan kapsyen berbunyi, “Born is the King of Israel” pada malam hari Natal 24 Disember 2021 lalu. “Born is the King of Israel” ialah sebuah kepercayaan bahawa hari Krismas ialah hari kelahiran seorang raja, yakni penyelamat dunia merujuk kepada Yesus ialah raja kepada kerajaan Israel dan penyelamat umat Yahudi.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dipadamkan kemudian selepas ianya mendapat kecaman daripada peminat di luar negara, lagi-lagi Junhoe juga pernah mengutarakan keinginannya untuk bercuti di Israel di dalam satu klip video pada Mac 2021 sebelum ini kerana tertarik dengan keindahan dan persekitaran ‘negara’ tersebut.

Hantaran Junhoe yang dianggap menyokong Israel secara berkias, telah mencetuskan spekulasi samada Junhoe sendiri ialah pesimpati Zionis. Adapun, Junhoe sendiri tidak sedar akan hakikat bahawa perbuatannya itu dianggap tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam di luar negara yang masih berjuang untuk membebaskan kemerdekaan rakyat Palestin. Dalam percubaan untuk menjustifikasikan tindakan Junhoe tersebut, peminat daripada kalangan penganut Kristian pula mendakwa Junho bersimpati terhadap ramai penganut Kristian di Korea yang tidak dapat mengunjungi Israel untuk melawat tempat lahir nabi Isa (Yesus) ketika tibanya hari Natal, seterusnya mendorong kepada kapsyen bergambar sokongan berkias ke atas Israel itu dimuatnaikkan ke dalam media sosial.

Rentetan daripada itu, netizen rata-ratanya daripada peminat kpop Islam mendesak Junhoe membuat permohonan maaf dengan kadar segera bagi menjelaskan tindakannya itu serta menghakis dakwaan bahawa kumpulan yang dianggotainya, iKON turut menyokong perkara yang sama. Kalangan peminat yang lain pula masih mengganggap kenyataan Junhoe itu hanyalah salah faham, dan perlu diperjelaskan saja.

Sumber: twitter, instagram

loading...