Taehyung BTS mengancam mahu mengambil tindakan saman terhadap Youtuber yang dikatakan menyebarkan tohmahan buruk mengenai artis-artis Kpop.
Pada 20 Disember 2021, seorang peminat telah membuat hantaran di Weverse mengenai satu kandungan (“content”) oleh Youtuber tentang perkaitan antara artis-artis Kpop termasuklah BTS, aespa, TXT, NCT, The Boyz dan lain-lain. Hantaran peminat itu kemudiannya menangkap perhatian Taehyung sehingga menyebabkan Taehyung menyatakan niatnya untuk menyaman Youtuber tersebut.
“Oh?!! Aku akan ambil tindakan saman. Boleh jana duit jajan (“snack money”). Lagi-lagi main petik nama keluarga dan kawan aku👍 Bye~,” kata Taehyung.
“Aku tengok semua artis terbabit, bukan saja kami, jangan korang suka orang macam dia. Semua peminat, ARMYs, mungkin tak perasan, tetapi aku akan menyaman demi mereka yang tertindas tetapi tidak punyai keberanian untuk berbuat demikian,” tambahnya lagi apabila disarankan peminat agar tidak terlalu bimbang mengenainya.
“Kesihatan mental kami sangat kuat seperti Suga misalnya,” tegas Taehyung.
Serentak dengan perkembangan tersebut, cenel Youtuber berkaitan membuat kenyataannya berbaur sindiran. “Dia tak patut cakap duit jajan… yang mana membuatkan tindakan samannya jadi lebih sukar, tetapi itulah Taehyung. Inilah satu-satunya cenel drama yang BTS sanggup tonton.”
Agensi BTS, Big Hit pernah menyatakan pendirian untuk mengambil tindakan saman buat netizen yang memfitnah dan menghamburkan kata-kata cacian terhadap pada September lalu.
Sumber: Weverse, allkpop