Berasap telinga dek dihambur netizen, penuduh Irene Red Velvet berperangai kekwat dulu mahu saman

May be an image of 1 person and text that says "더이상 이대로는 못 넘어간다. 살살이 뒤져서 다음주부터 소송 준비 시작이다. 지난 번 자료도 다 정리해서 갖고 있고 변호사는 이미 두차례 만났다. 더러운 돈 필요없고 합의 따위는 절대 없다. 집안 망신이 뭔지 알게 해줄 것임. 조용히 나를 지키려고"

Masih ingat tak editor majalah yang pernah menuduh Irene Red Velvet berperangai kekwat dan mengasarinya?

Baru-baru ini, beliau mahu mengambil tindakan saman terhadap netizen yang menghamburkan kata-kata kesat kepadanya. “Saya tidak boleh lagi tahan. Saya dah cari semuanya dan akan ambil tindakan sama bermula minggu depan. Sudah jumpa pun peguamnya,” kata editor majalah terkemuka itu.

“Saya dah cuba senyap, tapi kali ini memang tak lagi tahan. Tunggu,” katanya lagi.

Baca lagi: Irene & Seulgi Red Velvet terpalit isu dakwaan pernah ‘mengasari’ seorang editor majalah tersohor ; Padah berperangai kekwat, Irene Red Velvet diheret lagi dakwaan pernah mengasari penggaya rambut tika dahulu

Sejak mendedahkan salah laku Irene Red Velvet pada Oktober 2020 lalu, editor yang pernah bekerja sebagai penggaya rambut (“stylist”) itu dihambur dengan kata-kata kesat daripada peminat. Bagaimanapun, bukan dia saja dikecam, malah Irene turut membuat permohonan maaf dan terpaksa memperlahankan aktivitinya bersama Red Velvet selama lebih setahun.

Sumber: moneys

loading...