[Gempar] Chansung 2PM akan kahwini kekasih hati yang sedang hamil, tinggalkan JYP untuk pertama kalinya

May be an image of 1 person

Chansung membuat pengumuman berhubung status dirinya yang akan berkahwin tidak lama lagi dan memutuskan untuk meninggalkan JYP Ent. setelah berfikir panjang.

“Ada seorang yang aku suka sejak sekian lama. Orang ini tempatku berpaut ketika hatiku gundah dan berkongsi apa saja, akhirnya dia menjadi kekasihku. Kami bercadang untuk berkahwin setelah aku menghabiskan khidmat ketenteraan dan dia kini sedang hamil. Aku perlukan kongsikan berita ini dan aku rasa peminat perlu tahu terlebih dahulu,” luah Chansung 2PM di laman instagram-nya.

Chansung yang tidak mahu mendedahkan identiti kekasihnya yang bukan selebriti, mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan JYP Ent. tak lama lagi.

“Kontrakku selama 15 tahun bersama JYP Ent. akan berakhir pada Januari depan. Setelah berunding dan berbincang, kami bersetuju untuk tidak menyambung kembali kontrak,” katanya.

Walaubagaimanapun, Chansung tetap beriktihar mengekalkan dirinya sebagai ahli termuda 2PM dan juga pelakon yang memegang nama sebagai Hwang Chansung. Chansung telah pun menjalani khidmat ketenteraan sejak 5 Januari 2021.

Selain Chansung, Ok Taecyeon juga antara ahli 2PM yang tidak meneruskan kontrak bersama JYP Ent. setelah dia memutuskan untuk berkahwin.

Sumber: instagram

loading...