Telatah Giselle Aespa telah menggamit perhatian warga netizen di laman twitter hari ini.
Sewaktu sedang berdiri di atas menara Empire State untuk menyaksikan suasana bandar New York, Giselle yang kelihatan gayat mendakwa dia akan mati kalau telefon yang dipegangnya terjatuh ke bawah. Telatah penyanyi itu mendapat reaksi berbeza dalam kalangan warga netizen.
“Macam mana kalau Giselle kata apabila korang jatuhkan telefon, maka adegan bunuh diri dapat dihentikan? ,” kata warga netizen mengulas kenyataan Giselle lantas mendapat ciapan meluas serta disebut-sebut di laman forum tempatan. Korea Selatan antara negara yang mencatatkan bilangan bunuh diri terbanyak di seluruh dunia, maka perkara sensitif tersebut seringkali mendapat topik terhangat di sana.
폰 떨어지면 자살말린다고 하는 아이돌 지젤 어때 pic.twitter.com/23vQWpHXjw
— 젤˚₊· ⏾ ₊· (@bemyselle) December 10, 2021
You're looking at @aespa_official high above the heart of New York City pic.twitter.com/6kvvmNl5Uu
— Empire State Building (@EmpireStateBldg) December 10, 2021
— • CHILL • (@MYsReveluv) December 11, 2021
Aespa kini di dalam jelajah promosi album dan single sulung mereka, ‘Savage’ di Amerika Syarikat dan telah pun menghadiri bual bicara di ‘The Nick Cannon Show’ pada 10 Disember 2021. Album ‘Savage’ turut mencatatkan kedudukan no. 20 di dalam carta Billboard 200, paling tinggi pernah dikecapi oleh kumpulan kpop perempuan untuk album ‘debut’ mereka.
Sumber: newsis