(Terkini) Telah disahkan bahawa Kim Heechul Super Junior dan Momo TWICE telah putus.
Label SJ dan JYP Entertainment sama-sama menyatakan kepada Sports Donga, “Kami telah memeriksa dengan artis, dan memang benar bahawa hubungan mereka telah putus.” Label SJ juga menambah, “Harap anda semua faham bahawa kami difahami bahawa kami tidak menjawab secara terperinci kerana ini berkaitan dengan kehidupan peribadi artis.”
Nampaknya, hubungan cinta Heechul SuJu dan Momo Twice temui penghujungnya apabila media melaporkan pada 8 Julai keduanya telah berpisah
Menurut satu Sumber dalaman, perpisahan mereka dipercayai disebabkan jadual kerja yang sibuk serta komitmen mereka terhadap kerja yang tinggi. Oleh itu, mereka memutuskan untuk kembali menjadi sunbae-hoobae yang rapat
Kim Heechul dan Momo mula memperlihatkan percintaan mereka kepada umum pada Januari 2020 setelah sebelumnya menafikan laporan media mengenai hubungan mereka. Pasangan ini telah bercinta dengan pengetahuan umum selama setahun setengah.
Agensi Kim Heechul, Label SJ dan Momo JYP Entertainment menyatakan, “Kami telah menerima laporan mengenai perpisahan mereka dan kami sedang memeriksanya sekarang. “