Kim Jae Joong berkemungkinan kembali dengan drama terbaru selepas 4 tahun berehat

Nampaknya Kim Jaejoong JYJ mungkin akan kembali untuk berlakon setelah sekian lama berehat.

Pada 2 Julai, C-JeS Entertainment secara rasmi mengumumkan, “Kim Jae Joong telah menerima tawaran untuk membintangi  drama baru ‘Bad-Memory Eraser’ dan dia saat ini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut sebaiknya.”

“Bad-Memory Eraser” adalah drama romantis mengenai seorang lelaki yang mengubah hidupnya menggunakan pemadam memori – dan wanita yang memegang nasib si lelaki ditangannya. Kim Jaejoong dikatakan telah ditawarkan peranan sebagai watak utama drama tersebut.

Sekiranya Kim Jaejoong menerima tawaran ini, ia adalah drama pertamanya dalam tempoh 4 tahun selepas drama terakhirnya “Manhole” (KBS) pada tahun 2017.

Jadi, apakah Jaejoong bersedia untuk kembali membintangi drama? Peminat, usah ditanya, pasti mereka tidak sabar untuk menonton lakonan Jaejoong yang terbaru.

Sumber : (1)

loading...