Bekas rakan sekolah dakwa Mingyu SEVENTEEN suka bergurau seks & membuli budak OKU

May be an image of 1 person

Beberapa orang netizen yang mendakwa sebagai bekas rakan sekolah Mingyu SEVENTEEN tampil menceritakan macammana mereka dibuli olehnya.

Netizen B yang menulis di laman komuniti forum popular Nate, mendakwa Mingyu telah bergurau seks secara kasar dengannya sambil menyertakan peta sekolah di mana kejadian itu berlaku.

 

“Budak laki itu… cuba bergurau seks dengan aku. Dia akan cakap pasal benda itu bila ada cikgu berhampiran sampaikan cikgu menasihatinya, ‘Jangan cakap pasal benda itu bila ada budak perempuan di sini.’ Gurauan seks tidaklah seteruk bila ada cikgu kat situ, tetapi perangai dia tak pernah berubah bila cikgu tiada dalam kelas,” tulis netizen B menceritakan bagaimana Mingyu cuba mengganggunya setiap kali dia mahu menjawab soalan yang ditanya cikgu di dalam kelas.

“Aku kemurungan, jadi aku tak nak bergaduh dengan sesiapa lagi. Aku ingat dia hanya buat jahat kat aku saja. Aku buat pengakuan ini kerana ramai cuba pertahankannya, maka aku tulis ini supaya ramai lebih tahu bahawa dia jenis memang suka buat benda-benda macam itu,” tulis netizen B lagi yang merupakan seorang perempuan.

Netizen D pula memutuskan untuk tidak mendedahkan maklumat mangsa-mangsa buli tapi mendedahkan Mingyu pernah membuli seorang beberapa orang bekas rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Burim termasuklah budak orang kurang upaya (OKU) pada suatu ketika dulu.

“Mangsa-masa pernah berbincang pasal ini sebelum isu ini merebak. Mereka tak jadi dedahkan cerita sebenar kerana Mingyu sangat popular. Kami mahu beritahu dia bukanlah budak baik seperti orang sangka selama ini,” kata netizen D yang tidak mahu permohonan maaf daripada Mingyu, sebaliknya berkehendakkan peminat dan Mingyu bermuhasabah diri.

Terdahulu, Mingyu SEVENTEEN dituduh membuli seseorang dikenali sebagai netizen A dengan membaling penutup coca-cola ke arahnya sambil ketawa terbahak-bahak. Bagaimanapun, netizen tersebut memadamkannya setelah usul-periksa daripada netizen lain mendapati tuduhan bulinya adalah palsu semata-mata. Pledis Ent. turut menegaskan bahawa album bergambar dimuatnaik olehnya berlainan daripada album bergambar dimiliki oleh Mingyu dan ujibakat itu berlaku ketika Mingyu berada di tingkatan 8, bukannya tingkatan 9 seperti yang didakwa.

Sumber: nate, cafe daum