(G)i-dle, WekiMeki & IZONE dibawa sepentas menjayakan lagu ikonik Girls’ Generation, ‘Into the New World’

May be an image of 5 people
Eunbi, Yena, Chaeyeon daripada IZ*ONE, Doyeon, Yoojung, Sei daripada WEKI MEKI serta Miyeon, Yuqi, Minnie daripada (G)I-DLE diundang ke atas pentas M Countdown pada 25 Feb 2021 hari ini bagi menjayakan persembahan khas ‘cover’ nyanyian asal Girls’ Generation, ‘Into the New World’.

Persembahan mereka telah berjaya menarik perhatian penggemar Kpop generasi terdahulu yang rata-ratanya merindui kemunculan semula Girls Generation di persada seni dan mengakui ‘cover’ yang dipersembahkan agak memuaskan. Segelintir netizen juga sudah membandingkan kesembilan orang artis Kpop muda dan berbakat tersebut dengan peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli SNSD di dalam lagu nyanyian itu dulu.

Sebelum menjayakan persembahan khas itu, Sei WEKIMEKI sempat mengundang peminat Kpop untuk menontonnya. “Kami bersatu kerana mahu menyanyikan ‘cover’ lagu nyanyian lagenda kpop tersohor yang tidak akan dimamah waktu,” katanya.

Episod kali ini menyaksikan Kang Daniel meraih gelaran juara M Countdown menerusi lagu Paranoia, manakala ONF dan SHINEE pula masing-masing bertanding dengan lagu terbaru, ‘Beautiful Beautiful’ dan ‘Don’t Call Me’.

Sumber: money today

loading...