Kejutan yang tak diduga, GOT7 tiba-tiba lancarkan single terbaru ‘Encore’

May be an image of 7 people and indoor

GOT7 akan melancarkan single terbaru berjudul ‘Encore’ di bawah label Warner Music sebagai pemasarnya.

Menurut sumber terdekat, GOT7 yang tetap terdiri daripada 7 orang anggota ini telah menyenaraikan JAY B sebagai ketua, diikuti oleh Mark, Jackson, Jinyoung, Youngjae, BamBam dan Yugyeom. JAY B merupakan nama baru yang digunapakai oleh Jaebeom (JB) untuk promosi GOT7 yang seterusnya. ‘Encore’ telah dijadualkan pelancarannya pada 20 Feb 2021 jam 5.00 petang esok menerusi Youtube rasmi mereka GOT7.

Sebelum ini, Jackson Wang memberikan petunjuk bahawa beberapa ahli GOT7 sedang menyiapkan album solo untuk pasaran di Korea, namun tidak mendedahkan butiran terperinci tentang single terbaru ini. Hal ini kerana masing-masing dengan agensi yang berbeza sudah mempunyai perancangan mereka tersendiri lalu menyukarkan mereka untuk bergandingan sekali lagi sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun ini.

Bagaimanapun, single ‘Encore’ yang dipercayai telah dirakamkan oleh kesemua ahli GOT7 sebelum Mark Tuan berangkat meninggalkan Korea ini menjadi petanda bahawa GOT7 sememangnya agak serius untuk menghidangkan peminat mereka dengan album terbaru daripada mereka sejak Breath of Love: Last Piece pada akhir November 2020 lalu.

Mungkinkah akan ada kejutan lain pula tak lama lagi? Sama-sama kita saksikan.

Sumber: N/A

loading...