Penthouse 2 kembali meresahkan netizen, siapakah menjadi mangsa bunuh pula kali ini?

May be an image of 2 people and text

Drama bertemakan ‘makjang’, SBS Penthouse kembali dengan musim kedua yang mula bersiaran sejak hari ini, 19 Feb 2021.

Di dalam episod pertama ditayangkan baru-baru ini, penonton dikejutkan dengan adegan bertaut kembali antara Cheon Seo Jin (lakonan Kim So Yeon) dan Ha Yoon Cheol (lakonan Yoon Jong Hoon) selain kematian beberapa orang yang tak disangka-sangka berlaku.

Cheon Seon Jin sedang bermain piano di New York dan diperkenalkan sebagai wakil ‘chaebol’ untuk tatapan para usahawan sebelum berita pertunangan antara dirinya dan Ju Dan Tae (lakonan Uhm Ki Joon) diumumkan oleh Ryu Seo Jin kemudian. Namun, Cheon Seon Jin yang nyata terkejut dengan kemunculan Ha Yoon Cheol, membenarkan Ha Yoon Cheol menceroboh biliknya untuk mereka bermadu asmara sepanjang malam.

Mengetahui akan Ha Yoon Cheol cuba menghampiri tunangnya, Ju Dan Tae kemudiannya menculik Han Yoon Cheol lalu mencampaknya ke dalam laut. Spekulasi kemudiannya menjurus samada Ha Yoon Cheol terbunuh atau tidak selepas insiden penculikan tersebut.

Namun ia tak terhenti di situ saja apabila netizen dikejutkan pula dengan adegan pekikan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya terjatuh mengenai tangga lantas menyebabkan tubuhnya dikerumuni oleh lapisan manusia yang ingin melihat apa yang berlaku sebenarnya.  Siapakah yang menjadi mangsa kerakusan mereka yang berkuasa kali ini?

Sama-sama kita menyaksikan episod pertama yang bakal ditayangkan di cenel ONETV Asia Astro 394 bermula jam 9.50 malam 20 Feb 2021 esok.

Sumber: SBS News

loading...