[Gempar] Sungchan NCT, Ahn Yu Jin IZONE & Jihoon TREASURE ditabalkan sebagai hos baru untuk SBS Inkigayo

May be an image of 3 people

Tampaknya, pihak produksi sudah mempunyai pengganti hos untuk SBS Inkigayo nanti.

Sungchan NCT, Ahn Yu Jin IZONE dan Jihoon TREASURE dilaporkan telah pun menerima tawaran untuk menjadi hos bersama rancangan muzik-muzik itu, menggantikan tempat Minhyuk Monsta X, Naeun April & Jaehyun NCT yang terpaksa berhenti berkuatkuasa 28 Feb 2021 depan.

Pemilihan Ahn Yujin kerana penampilannya seperti patung dan periang, manakala Jihoon pula kerana ketrampilannya sebagai ketua kumpulan TREASURE dan versalitinya di atas pentas. Sungchan yang baru saja ‘debut’ bersama Shotaro menerusi NCT pada Oktober tahun lalu dipilih kerana penampilannya berkelas CG.

Mampukah mereka menggantikan tempat ‘Minnahyun’? Sama-sama saksikan penampilan pertama mereka pada Mac depan.

Sumber: spottvnews

loading...