Siri original Netflix, “Love Alarm S2” mula tayang 12 Mac depan dengan Love Alarm 2.0

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2021 – Siri Asal Netflix, Love Alarm S2 telah meriliskan gambar pegun romantis pertama (still photo) antara peneraju utama drama tersebut sekaligus dengan pengumuman siri sekuel yang akan dilancarkan pada 12 Mac.

Berdasarkan webtoon yang terkenal dengan nama yang sama, Love Alarm bermula di dunia di mana aplikasi mudah alih memberi amaran kepada anda jika seseorang dalam lingkungan 10 meter menyukai anda. Dibintangi oleh Kim So-hyun, Jung Ga-ram, dan Song Kang, tidak ada waktu yang lebih baik daripada sekarang untuk menonton (atau menonton semula) musim pertama sementara menunggu untuk siaran musim 2.

Foto-foto baru ini menunjukkan Kim Jo-jo (Kim So-hyun) bertemu Lee Hye-yeong (Jung Ga-ram) dan Hwang Sun-oh (Song Kang) secara individu. Walaupun mereka telah tamat sekolah menengah dan menjadi dewasa, mereka masih mempunyai masalah dan konflik yang tidak dapat diselesaikan. Musim kedua ini mengambil masa 4 tahun selepas aplikasi pertama dicipta yang mana wujudnya kini Love Alarm 2.0. Aplikasi terbaru ini telah dikemaskini dan dilengkapi dengan ciri baru yang menunjukkan senarai pengguna yang mungkin akan menyukainya pada masa akan datang. Kim Jo-jo, yang masih menyembunyikan perasaannya, akan berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam masyarakat yang dipengaruhi oleh aplikasi tersebut.

“Love Alarm S2” diarahkan oleh Kim Jin-woo dari “Good Doctor”, “Queen of Mystery”, dan “Suits”. Manakala Ryu Bora, yang merupakan penulis “Snowy Road” dan “Secret”, turut serta sebagai penerbit skrip. Anda boleh menonton musim pertama “Love Alarm” sekarang dan musim kedua pula akan mula bersiaran pada 12 Mac, hanya di Netflix.

loading...