The Boyz, ATEEZ, Stray Kids, iKON, BTOB dan SF9 disatukan di studio Mnet “Kingdom” buat pertama kali bermula minggu depan

May be an image of 16 people

The Boyz, ATEEZ, Stray Kids, iKON, BTOB dan SF9 akan bersemuka sesama sendiri buat pertama kali pada 23 Februari 2021 depan.

Menurut Spottvnews, program pengambaran pertama melibatkan keenam-enam kumpulan kpop ini akan dilakukan pertama kali pada 23 Februari dengan masing-masing akan berkenalan sesama sendiri bagi menghangatkan lagi suasana persaingan di antara mereka. Kaedah penilaian markah dibuat secara ‘undian secara langsung’ oleh peminat di seluruh dunia menerusi aplikasi Whosfan. Penstriman akan dibuat menerusi cenel Youtube Mnet bermula jam 7 petang.

BTOB dan iKON yang terlebih dahulu membuat kemunculan di dalam industri kpop ini bakal bersaing dengan nama-nama besar seperti ATEEZ dan Stray Kids yang sudah pun mempunyai segerombolan kelab peminat yang agak besar di seluruh dunia walaupun tidak sampai beberapa tahun saja ‘debut’ selain SF9 dan The Boyz yang baru menyandang gelaran juara ‘Road To Kingdom’ pada tahun lepas. The Boyz harus mempertahankan takhta raja kpop tersebut daripada jatuh ke tangan salah satu daripada kelima-lima kumpulan kpop berikut.

The Boyz, ATEEZ, Stray Kids, iKON, BTOB dan SF9 dijangka akan beraksi sepentas di dalam episod pertama yang bakal disiarkan mulai 1 April 2021 nanti. TVXQ/DBSK/Tohoshinki akan bertindak sebagai hos rancangan tersebut.

Sumber: spottvnews

loading...