Dituduh hina Islam kerana pakai T-shirt dengan kalimah suci ‘Bismillahirrahmanirrahim’, Starship memohon maaf bagi pihak Changkyun (I.M) Monsta X

May be an image of 1 person and indoor

Starship Entertaiment membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran mereka memuatnaik salah satu ‘cover’ untuk album solo terbaru Im Changkyun (I.M.) yang tertera tulisan kalimah suci ‘Bismillahirrahmanirrahim’ di dalam T-Shirt yang dipakainya.

“Berkenaan foto berkonsep untuk album solo I.M., ‘Duality’, Starship sudah membuang kesemua foto berkait dengan kalimah agama berkenaan. Kami akan sentiasa berwaspada untuk memastikan tiada lagi kalimah agama tertentu dipaparkan di mana-mana foto berkonsep keluaran kami di masa hadapan. Maaf kerana telah menyebabkan anda tidak selesa dengan tindakan kami,” kata jurucakap agensi itu.

Tertular di laman sosial sejak pagi tadi apabila Changkyun (I.M.) Monsta X dikatakan telah mencetuskan kemarahan umat Islam selepas memakai T-Shirt tertulis kalimah ‘Bismillahirrahmanirrahim’ untuk projek album solonya. Rata-rata netizen tidak menyalahkan I.M. sebaliknya pereka fesyen yang dipertanggungjawabkan oleh agensi itu terhadapnya sehingga cuai menyebabkan I.M. terlepas pandang memakainya.

‘Duality’ merupakan album solo pertama keluaran I.M. sejak berkecimpung secara aktif bersama Monsta X.

Sumber: cafe daum

loading...