Berikut adalah pemenang Blue Dragon Film Awards 2020 termasuklah Yoo Ah In, Ra Mi Ran, Esom & Park Jung Min

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'Blue Dragon Awards 2020'

Blue Dragon Film Awards ke-41 yang berlangsung hari ini menyaksikan Yoo Ah In sekali lagi diangkat pemenang Best Actor anugerah itu untuk kali kedua manakala Ra Mi Ran dinobatkan pemenang Best Actress buat pertama kali di dalam sejarah karier lakonannya.

Blue Dragon Film Awards ke-41 diadakan di Paradise City bertempat di Incheon, dengan Kim Hye Soo dan Yoo Yeon Seok bertanggungjawab sebagai hosnya. Seperti juga Grandbell (Daejong) Awards dan Baeksang Art Awards, majlis anugerah ini menilai filem-filem terbaik sepanjang tahun yang dikeluarkan pada 11 Oktober 2019 hingga 29 Oktober 2020. Filem “The Man Standing Next” diangkat sebagai filem terbaik pada tahun ini.

Dalam ucapan bersejarah di Blue Dragon Awards, Ra Mi ran yang menerima anugerah itu di atas lakonan di dalam “Honest Candidate” lantas berkata, “Kenapa korang buat aku begini? Kenapa ucap terima kasih pada yang tercalon saja? Aku tahu pasal ni, tapi aku jalani hidup yang agak sukar tahun lepas, jadi sedikit sebanyak ia membuatkan tergelak.” Ini anugerah “Best Actress” pertama buat Ra Mi Ran yang selama ini memenangi anugerah Best Supporting Actress beberapa kali termasuklah di CARI Kdrama Awards.

Sambil memuji kreativiti pengarahnya dengan bajet filem yang sangat rendah, Yoo Ah In yang merangkul anugerah itu di atas lakonannya di dalam “Voice of Silence” lantas berkata, “Aku gembira bekerja dengan seseorang yang tahu apa nak dibuat dengan filem itu. Aku bersedia dipergunakan. Aku akan terus hidup jadi pelakon selama-lamanya.” Yoo Ah In pernah menerima anugerah yang sama pada tahun 2015 menerusi filem “The Throne”.

Berikut adalah pemenang-pemenangnya:

  • Best Picture: “The Man Standing Next”
  • Best Director: Im Dae Hyung (“Moonlit Winter”)
  • Best Actor: Yoo Ah In (“Voice of Silence”)
  • Best Actress: Ra Mi Ran (“Honest Candidate”)
  • Best Supporting Actor: Park Jung Min (“Deliver Us From Evil”)
  • Best Supporting Actress: Esom (“Samjin Company English Class”)
  • Best New Director: Hong Eui Jung (“Voice of Silence”)
  • Best New Actor: Yoo Tae Oh (“Vertigo”)
  • Best New Actress: Kang Mal Geum (“Lucky Chan-Sil”)
  • Best Screenplay: Im Dae Hyung (“Moonlit Winter”)
  • Best Cinematography and Lighting: Hong Kyung Pyo (“Deliver Us From Evil”)
  • Best Editing: Han Mi Yeon (“Beasts Clawing at Straws”)
  • Best Music: Dalpalan (“Samjin Company English Class”)
  • Best Art Direction: Bae Jung Yoon (“Samjin Company English Class”)
  • Best Technical Achievement: Jin Jong Hyun (“Ashfall” – visual effects)
  • Best Short Film: Lee Na Yeon, Cho Min Jae (“The Thread”)
  • Popular Star Award: Yoo Ah In, Jung Yu Mi
  • Audience Choice Award for Most Popular Film: “Ashfall”
loading...