Gong Hyo Jin bakal bintangi drama terbaru Netflix ‘Queen of The Scene’

May be an image of 1 person

Gong Hyo Jin sedang mempertimbangkan tawaran lakonan di dalam drama terbaru terbitan Netflix berjudul ‘Queen of The Scene’ atau tajuk secara literalnya, ‘Desperate Woman’.

Gong Hyo Jin akan membawakan watak Kim Marie, seorang penulis skrip yang menghasilkan drama ‘Queen of The Scene’ yang popular kerana tema balas dendam dengan watak orang jahat tak disangka-sangka selain plotnya yang begitu ‘makjang’ dan mengasyikkan. Digelar sebagai ‘ makan di dalam keadaan bersalji di mana Metal Gear Solid (MGS) sedang memerhati’, drama nukilannya itu berjaya meraih rating sebanyak 35% bagi setiap episod yang ditayangkan.

Di dalam drama ‘Queen of The Scene’ nukilannya, wanita yang bertindak sebagai watak utama ialah anak chaebol yang disayangi namun bergolak hidupnya selepas rahsia kelahirannya diketahui.

Ini merupakan drama pertama lakonan Gong Hyo Jin sejak KBS When the Camellia Blooms yang bersiaran pada akhir tahun 2019. Gong Hyo Jin dikenali antara pelakon drama berbakat dan disegani, malah turut meraih pencalonan Best Actress CARI Kdrama Awards sebanyak 3 kali menerusi drama-drama seperti SBS Master’s Sun, SBS It’s Okay That’s Love dan SBS Jealousy Incarnate.

Netflix ‘Queen of The Scene’ bakal mendapat sutradara Lee Won Seok (filem The Royal Tailor dikreditkan ke atas namanya) dan penulis skrip Kim Soo A.

Sumber: IS Plus

loading...