Joochan dedah uminya tersilap mengundi di M Countdown, tapi lega akhirnya Golden Child menang di Show Champion

May be an image of 2 people

Joochan Golden Child mendedahkan uminya tersilap mengundi Golden Child untuk memastikan kemenangan lagu ‘Burn It’ di M Countdown.

Dalam perkongsiannya di laman sosial, kakak Joochan dikatakan cuba membantu uminya menghantar undi secara pukal menerusi telefon bimbitnya. Namun, kakaknya terkejut apabila mendapati uminya pernah cuba mengundi Joochan beberapa kali sebelum ini sehingga bertindak menghantar menulis surat sendiri kepada pihak produksi Mnet.

“Nak bantu umi mengundi, tetiba jumpa mesej mengundinya yang lepas-lepas. Umi sampaikan menulis surat pada Mnet. lol.,” kata kakaknya sambil berkongsikan mesej tersebut dengan Joochan.

Berdasarkan mesej tersebut, difahamkan undian yang dibuat tidak masuk berikutan nama Golden Child tidak ditulis dengan betul. Walaupun Golden Child gagal memperoleh kemenangan di M Countdown, namun kumpulan itu meraih kemenangan pertama di Show Champion sebelum itu.

“Terima kasih kepada semua, senyuman kini bertambah mekar. Kita akan membesar dan menjadi ‘Golden Child’ yang bersinar seperti sinaran mentari. Kekal sihat dan bergembira selalu,” katanya sewaktu Golden Child dianugerahkan kemenangan bersejarah di Show Champion. Terharu dengan tangisan gembira rakan-rakan Golden Child dan sokongan padu keluarganya, Joochan mengambil keputusan mendedahkan mesej perbualan uminya itu di laman sosial.

Sumber: newsen, insight

loading...