Park Seo Joon : “Eh, tak delah. Bila masa saya ‘dating’ dengan Kim Ji Won?”

Park Seo Joon menafikan khabar angin mendakwa dia sedang menjalinkan hubungan mesra dengan pelakon Kim Ji Won, heroin yang digandingkan bersamanya di dalam KBS Fight My Way, katanya dalam temuduga bersama media baru-baru ini.

Pertama kali melihat Kim Ji Won di dalam KBS Descendants of The Sun, Park Seo Joon begitu teruja untuk ‘mendampinginya’.

“Saya begitu menyukai drama KBS Descendants of The Sun. Sarjan Seo (Jin Goo) membuatkan ramai gadis tergoda. Yang paling saya ingat, adegan kucupan di dalam restoren yang dipenuhi ramai tentera, saya terpegun, lalu menjerit, “Wow! Itu bukan budak baru ke? Hebatnya dia!”

“Maka, saya pun jumpalah dia dengan sengaja sebelum drama KBS Descendants of The Sun ditentukan lagi. Saya agak bimbang kerana sebagai bintang ternama ini, saya tak dapat memenuhi kehendak penonton sepenuhnya. Tapi, tengok.. Apabila kami bersama, kebimbangan itu hilang serta-merta ” , kata Park Seo Joon sambil ketawa.

“Yang menariknya, kami selalu sangat sebut ‘ARA’ (watak lakonan Kim Ji Won dalam KBS Fight My Way) bersama sampaikan ianya melekat di kepala. Saya  harap dapat bekerja bersama Kim Ji Won lagi di masa akan datang.”

Imej dikreditkan pada KeyEast.

Selain itu, Park Seo Joon juga mempunyai tabiat menyimpan “business card” kerana sering menyaksikan ayahnya membawa koleksi kad ke rumah. Dia begitu mengagumi ayahnya yang banyak berjumpa dengan client, dan atas sebab itu, dia pun mula menggerakkan hobi yang sama.

Tambahan lagi, Park Seo Joon dipuji kerana memiliki tubuh badan yang ramping tapi menggiurkan seperti ditunjukkannya dalam KBS Fight My Way.

“Saya kerap bersenam sejak 8 tahun yang lalu. Kalau tak buat, terasa macam tak sedap badan. Saya makan ubi keledek sebaik saja bangun dari tidur dan sambung dengan dada ayam. Rutin itu saya kekalkan setiap 2 jam. Tapi, ada satu masa saya mengeluh, apa yang saya buat ini sebenarnya. Lagi-lagi nak kekalkan selama 3 minggu berturut-turut. Satu pengalaman yang menyakitkan untuk mereka yang kali pertama cuba biasakan diri.”

Park Seo Joon merupakan pelakon korea yang agak popular. Namanya mula meniti sejak berlakon di dalam drama tvN A Witch Love bersama Uhm Jung Hwa, sebelum menjadi abang kembar dan cinta hati kepada Hwang Jung Eum masing-masing di dalam MBC Kill Me Heal Me dan MBC She Was Pretty. Lakonannya kadang-kadang membuatkan penonton ketawa dengan aksi ‘unik’ dan ‘slumber’ lantas menghidupkan kimia dengan mana-mana heroin yang digandingkan bersamanya.

Sumber: sportseoul

 

 

loading...