Youtuber Maetel tinggalkan ucapan selamat tinggal sebelum membunuh diri

May be an image of 2 people and text that says 'Terima Kasih.. Selamat Tinggal'

Youtuber Maetel, 37 tahun, mengambil tindakan di luar batasan sehingga membunuh diri selepas meninggalkan ucapan selamat tinggal menerusi Youtube kendaliannya yang baru disiarkan sebentar tadi.

Menurut jurucakap rasmi cafe kedai urut miliknya, Maetel (atau nama sebenarnya Heo In Na) telah meninggal dunia pada 3 Februari 2021.”Kami memutuskan untuk tidak mengadakan majlis takziah bagi mengikuti protokol Covid-19 dan juga menghormati permintaan keluarganya. Harap anda faham,” kata jurucakap rasmi itu.

Dalam video yang baru disiarkan sebentar tadi (Maetel dipercayai merakamkan terlebih dahulu sebelum menyiarkannya pada hari ini) , Maetel mengaku menderita kerana diganggu secara seksual ketika mengendalikan kedai urut dan menjadi penstrim Youtube dalam masa yang sama. Akibatnya, mendiang mengalami kemurungan berpanjangan sehingga berasa begitu sukar dan sungguh penat untuk menghadapinya.

Maetel mengakhiri ucapannya dengan, “Terima kasih setakat ini. Selamat Tinggal.”

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: imaeil , heraldpop

loading...