NCT kuasai pasaran album di Korea selama 2 bulan berturut-turut sejak Nov 2020

May be an image of 22 people and indoor

NCT membuktikan popularitinya memuncak baru-baru ini bukanlah sekadar angan-angan semata-mata.

Album ‘Resonance Part 2’ yang dikeluarkan pada 23 November 2020 ini, telah berjaya memungut jualan melebihi 1 juta unit, menjadikan keseluruhan jualan album termasuk ‘Resonance Part 1’ adalah sebanyak 2 juta unit.

Kejayaan NCT tidak terhenti di situ saja apabila tetap meraih kedudukan no.1 di dalam carta jualan album terlaris berakhir bulan Disember 2020 dan juga Jan 2021 berdasarkan catatan Hanteo, Gaon dan Yes24. Album ‘Resonance Part 2’ ini turut mematikan penguasaan album ‘BE’ keluaran BTS yang dikeluarkan tiga hari sebelumnya jika dikira dari sudut ‘longevity’ dicapai olehnya. Hal ini kerana ‘Resonance Part 2’ tidak menunjukkan penurunan mendadak jualan albumnya dalam tempoh yang panjang seperti yang berlaku pada ‘BE’, malah masih mengekalkan momentum kelarisan jualan albumnya untuk 2 bulan lamanya.

Selain kejayaan berganda di Korea, album ini turut memperolehi kedudukan no. 1 di Jepun menerusi Oricon, di China menerusi QQ Music dan juga seluruh dunia menerusi United World Chart.

Album ini turut memuatkan lagu ‘Resonance’, dijadikan sebagai single sehingga diiktiraf sebagai lagu kegemaran peminat Kpop di Malaysia sepanjang Disember 2020 lalu.

Sumber: tenasia

loading...