Kim Ji Won bakal diapit jadi pasangan Lee Min Ki di dalam drama nukilan penulis skrip “Another Oh Hae Young”,”My Mister”

Image may contain: 2 people

Kim Ji Won dicanang-canangkan menjadi pasangan Lee Min Ki di dalam drama jtbc terbaru, menyaksikan gandingan pertama sejak “Detective K: Secret of the Living Dead”. Dalam laporan terkini, mereka telah mengesahkan keterlibatan mereka di dalamnya.

Drama tersebut yang belum diberikan judulnya bakal mendapat khidmat penulis skrip tersohor, Park Hae Young yang memenangi Best Screenplay 7th CARI Kdrama Awards menerusi hasil kerjanya, tvN My Mister dan drama romantik tvN Another Oh Hae Young yang membantu menaikkan populariti pelakon Seo Hyu Jin sebelum ini. Lebih menarik lagi, ia bakal menyaksikan penyatuan kedua-dua pelakon itu dengan sutradara yang sama yang mengarahkan filem mereka iaitu Kim Seok Yeon.

Bagaimanapun, di sebalik pendedahan awal tentang keterlibatan kedua-dua pelakon itu, tiada maklumat tentang sinopsis cerita dan watak apakah bakal dipegang masing-masing.

Kim Ji Won kini sedang membintangi drama Netflix Lovestruck in the City bersama Ji Chang Wook dan Lee Min Ki juga mempunyai drama terbaru yang bakal dibintanginya itu MBC Oh! Master ditayangkan pada Mac depan.

Sumber: hankookilbo

loading...