BTS diiktiraf pemegang album dan single terlaris di Amerika Syarikat sepanjang tahun 2020

Image may contain: 7 people, people dancing and people standing

BTS menjadi artis yang paling banyak meraih jualan album dan single terlaris di Amerika Syarikat sepanjang tahun 2020.

BTS melakukannya dengan album ‘Map of The Soul 7’ yang kini telah mencatatkan jualan sebanyak 646,000, sekaligus meletakkan mereka terunggul di hadapan mengatasi Taylor Swift, Harry Styles dan Billie Eilish menurut data yang dikumpulkan oleh MRC Data. Data itu telah dihitung bermula 3 Januari sehingga 31 December 2020.

Menyusul album ‘Map of The Soul 7’ ialah ‘Folkfore’ dendangan Taylor Swift yang meraih jualan sebanyak 482,000 sepanjang tahun 2020. Selain ‘Map of The Soul 7’, BE oleh BTS juga melakarkan rekod jualan agak memberangsangkan dengan 252,000 unit telah terjual walaupun hanya dikeluarkan dalam bentuk ‘physical deluxe’ saja sejak dilancarkan pada 20 November 2020 lalu. Kedua-dua album keluaran BTS itu berjaya menduduki no.1 di dalam carta album Billboard 200. Secara penjumlahannya, BTS telah berjaya melakarkan jualan sebanyak 1.5 juta unit album di Amerika Syarikat saja sepanjang tahun lalu.

Selain kejayaan album ‘Map of The Soul 7’, single ‘Dynamite’ yang meraih kedudukan no.1 di dalam Billboard Hot 100 juga tercatat sebagai lagu paling laris di Amerika Syarikat sepanjang tahun 2020 apabila menjadi satu-satunya lagu yang mencapai jualan melebihi 1 juta unit, yakni sebanyak 1.3 juta telah terjual setakat ini. Di belakang BTS ialah The Weekend dengan lagu ‘Binding Lights’ dendangannya yang berjaya mencapai jualan sebanyak 580,000 unit.

Sumber: donga, forbes

loading...