Park Hyung Sik tamat khidmat tentera dan agensi sempat kongsi gambar terbaru

Nampaknya, kini giliran Park Hyung Sik pula yang menamatkan khidmat tenteranya.

Penyanyi dan Pelakon ini memulakan khidmat tentera pada 10 Jun 2019 Dan secara rasmi tamat pada harini, 4 Januari 2021, biar pun sebenarnya dia telah lama keluar kerana menghabiskan cuti terakhirnya. Ekoran pandemik Covid-19, para tentera yang akan menghabiskan khidmatnya tidak akan pulang ke kem berikutan diberikan cuti terakhir.

Dikhabarkan Park Hyung Sik telahpun diberikan tawaran untuk beberapa projek filem dan drama, dan kini masih masih dalam proses pemilihan.

Sebagai persediaan untuk kepulangannya, agensi Park Hyung Sik telah berkongsi gambar profile nya yang baru :

Apapun, selamat kembali Park Hyung Sik, semoga segera mememui para peminat dengan projek yang baru! Pada peminat yang merindui lakonan Park Hyung Sik boleh menonton drama “Suits”, Strong Woman Do Bong Soon“ dan “Hwarang” serta filem pertamanya “Juror 8.”

Sumber : News1