‘Blackpink The Album’ mendahului ‘Map of The Soul 7’, diiktiraf 50 Album Terbaik Tahun 2020 oleh Billboard

‘Blackpink The Album’ keluaran pertama Blackpink, diangkat oleh portal Biilboard, di antara 50 Album Terbaik pada tahun 2020.

‘Blackpink The Album’ disenaraikan di kedudukan no. 25 telah mengatasi ‘Map of The Soul 7’ oleh BTS di kedudukan no. 33. Ia merupakan pencapaian tertinggi pernah diraih oleh mana-mana artis Kpop, disenaraikan oleh editor portal tersebut.

Memetik kenyataan editor Billboard, “Dalam menantikan penampilan sulung daripada mereka, berpandukan judul album yang tepat, Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé telah menghasilkan lapan dos kesempurnaan bercitrakan K-pop berkelas A diselangi dengan irama mengasyikkan, daripada lagu hip-hop gemuruh “How You Like That ” kepada lagu tarian dengan penuh keteriakan, “Lovesick Girls.” Dengan berbekalkan kolaborasi berprofil tinggi daripada bintang-bintang superstar seperti Selena Gomez (“Ice Cream”) dan Cardi B (“Bet You Wanna”), album ini bukan sekadar menyimpulkan apa yang dibuat sejak tahun 2016, tapi telah menyediakan titik permulaan yang sempurna buat Blinks untuk sentiasa menyayangi Blackpink di masa hadapan. Blackpink sememangnya revolusi.”

Kejayaan ‘Blackpink The Album’ meraih posisi tertinggi di tempat kedua di dalam carta album Billboard 200 dan UK Album Charts selama 8 minggu dan 7 minggu berturut-turut juga diakui kehebatannya apabila menjadi kumpulan kpop perempuan berjaya berbuat demikian.

Blackpink yang sebelum ini mencatatkan sejarah menjadi kumpulan kpop perempuan pertama menjulang gelaran ‘Group of The Year’ oleh Variety Hitmakers bakal mengadakan konsert besar-besaran “YG Palm Stage – 2020 BLACKPINK: The Show” secara atas talian pada 27 Disember 2020 ini.

Sumber: Billboard, sport khan

loading...