Chanyeol EXO disenaraikan 12 anggota terbaru SBS Law of the Jungle, bakal selongkar khazanah yang terpendam di pulau Ulleungdo & Dokdo

Musim terbaru SBS Law of the Jungle: Ulleungdo & Dokdo akan bersiaran tak lama lagi dan akan mempamerkan Park Chanyeol (Chanyeol EXO) sebagai salah satu anggotanya.

Ekspedisi tersebut bakal diterajui oleh Kim Byung Man, yang akan menyelam turun ke laut dalam bagi menyelongkar khazanah laut yang ramai tidak tahu mengenainya.

“Ini kali kami pertama aku mengunjungi Dokdo dan Ulleungdo. Bila aku terlihat Ulleungdo, aku rasa terkedu begitu juga dengan Dokdo, sampaikan aku tak terkata-kata. Aku berbangga negara kita memiliki pulau sebegini,” kata Kim Byung Man.

Ekspedisi itu bakal dianggotai oleh 12 orang daripada pasukan elit iaitu Lee Jong Guk, tukang masak Korea terkemuka, Oh Jong Hyuk, pakar veteran hutan, Song Jin Woo, Lee Sang In dan Arin Oh My Girl. Pelawak Park Mi Sun, penyanyi Gary, pelakon Go Jun Hee, Julien Kang dan Chanyeol EXO pula akan menyertai ekspedisi seterusnya.

SBS Law of the Jungle: Ulleungdo & Dokdo ini akan menemui penonton Korea pada 12 Disember 2020 dan penonton Malaysia beberapa hari kemudian.

Sumber: mk star

loading...