Rain berasa sangat teruja berkongsikan tentang kehidupannya yang penuh ceria pada hari ini.
Beberapa gambar telah dimuatnaik olehnya di laman sosial instagram menunjukkan penyanyi itu begitu ceria meskipun usianya sudah menginjak ke 40-an. Hal ini mungkin disebabkan kebahagian rumah tangga yang dikecapi bersama Kim Tae Hee sehingga mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Barangkali juga beranggapan sedemikian, seorang netizen teringat tentang pengakuan Rain bahawa dia tanpa segan mengaku pernah mengucupi isterinya tiap-tiap hari.
“Aku kucup bini aku, Kim Tae Hee setiap pagi dan petang,” jawab Rain ketika cuba membandingkan kehidupan rumah tangganya dengan pelakon Kwon Sang Woo sebelum ini.
“Ini mesti sebab selalu cium Kim Tae Hee tiap-tiap hari,” kata seorang netizen itu. Antara komentar netizen lain termasuklah, “Bukankah Kim Tae Hee juga mahu menua bersama?,” yang memuji ketrampilan Rain menjaga hubungannya dengan Kim Tae Hee tanpa sebarang gosip meliar berkenaan diri mereka.
Sumber: spottvnews , news1