Penantian dua tahun untuk menyaksikan album studio penuh dikeluarkan oleh GOT7, akhirnya tercapai jua.
Diberikan judul sebagai ‘Breath of Love: Last Piece’, album ini bukan bermaksud bingkisan terakhir daripada GOT7 buat peminat mereka, tapi sebenarnya dijadikan sebagai batu loncatan untuk menyerlahkan kreativiti ahli-ahli GOT7 masing-masing dalam aspek pembikinan lagu hasil daripada cetusan idea mereka sendiri. Maka, atas sebab itu, dua buah lagu gubahan mereka sendiri buat pertama kali sejak debut, ”Breath (You Make Me Breathe)’ dan ‘Last Piece’, dicantumkan menjadi satu judul.
Menjelaskan maksud disebaliknya, Jaebum (JB) berkata, “Saya harap album ini dapat tonjolkan kemahiran setiap ahli. Ia adalah album yang memberikan makna indiviualistik dengan setiap ahli menyumbangkan kreativiti mereka bersama. Dua lagu itu, ‘You Make Me Breathe)’ dan ‘Last Piece’ mempunyai karakter berbeza dan membolehkan kami lebih dikenali sebagai GOT7. Maka, atas sebab itu saya cadangkan untuk cantumkannya menjadi judul.”
Single ‘Breath’ dicipta oleh Youngjae GOT7 dengan gambaran peminat di dalam ingatannya telah dilancarkan sejak seminggu lalu. “Ahgase ialah orang yang membuatkan saya dapat rasa kebahagian dalam hidup dan tetap bernafas seperti nama lagu ini, seterusnya menjadi penyebab kami untuk terus menyanyi. Saya harap keikhlasan kami dapat ditonjolkan menerusi lagu ini,” kata Youngjae menjelaskan lagu ini.
Dengan ‘Last Piece’ pula dijadikan sebagai single ke-2, GOT7 berharap dapat menyampaikan mesej romantik yang membolehkan pendengar merasainya di dalam tiga keadaan: sewaktu jatuh cinta, sewaktu cinta ditamatkan atau sewaktu cinta tengah hangat berputik. “Waktu moment paling penting adalah ketika sedang bercinta. Semasa penggambaran muzik video lagu terbabit, saya dapat rasakan maknanya dapat diukir dengan baik sambil diselangi nada emosi yang mahu disampaikan,” jelas JB sekali lagi. ‘Last Piece’ telah diaturkan muziknya oleh komposer berasal dari Malaysia, Zayson.
Album Breath of Love: Last Piece mengandungi 10 buah lagu iaitu ‘Born Ready’, ‘Special’ ,’Wave’ ,’Waiting For You’ ,’I’ll Do It Now’, ‘1+1′ ,’I Mean It’ ,’We Are Young’ , serta dua buah lagu single tadi. Born Ready yang digubah oleh Mark Tuan, telah disediakan olehnya sejak kecil lagi manakala ‘Special’ pula yang digubah oleh Jackson Wang mahukan peminat mengetahui bahawa mereka adalah ‘special’ buat dirinya. ‘Wave’ dihasilkan oleh Jinyoung dengan anggapan bahawa kehidupan bergerak seperti gelombang manakala ‘Waiting For You’ yang dihasilkan Bambam pula memberikan erti sesuatu yang dia tidak dapat lupakan kerana merinduinya sekian lama.
Sumber: sport chosun