BTS merekodkan jualan album yang agak baik untuk album ‘comeback’ terbaru mereka, BE yang dilancarkan sejak Jumaat, 20 November 2020 lalu, cukup untuk mengenepikan pesaing-pesaing mereka bagi meraih album terlaris pada minggu ini.
Menurut Hanteo, dengan berbaki satu hari saja lagi, BE versi ‘Deluxe’ oleh BTS ini telah mencatatkan jualan album sebanyak 2.26 juta unit, di dalam seminggu berbanding Woops! oleh WOODZ (Choi Seung Yoon), Inside oleh BTOB4 (subunit tanpa Sungjae, Hyunsik, dan Ilhoon), Fatal Love oleh Monsta X serta Recode oleh CNBLUE masing-masing di tempat kedua,ketiga,keempat dan kelima di dalam carta album Gaon pada minggu ini. BTS meninggalkan pesaing mereka jauh ke belakang, yakni lebih 33 kali ganda berbanding WOODZ dengan perolehan 80,000 unit album di dalam seminggu dicatatkan setakat ini. Album ‘comeback’ CNBLUE, ‘Recode’ hanya mampu meraih jualan sekitar 20,000 unit saja di dalam seminggu manakala ‘Fatal Love’ oleh Monsta X kembali mendaki carta sejak menjuarainya pada 3 minggu yang lalu.
Bagaimanapun, jumlah jualan diraih oleh BE gagal mengatasi pencapaian yang dibuat oleh Map of The Soul 7 daripada BTS juga, dengan perolehan yang sangat besar iaitu sebanyak 3.37 juta unit yang mampu diraih di dalam seminggu. Tapi, ia tetap sudah cukup meletakkan BE sebagai album kedua terlaris di dalam seminggu untuk sepanjang zaman menurut Hanteo.
Selain menjadi penyandang juara album terlaris, BTS juga menyapu bersih kesemua carta utama Gaon pada minggu ini dengan lagu hit, ‘Dynamite’ menjadi juara untuk carta penstriman, digital dan download Gaon.
BE dibantu dengan single ke-2, ‘Life Goes On’ untuk tatapan peminat di seluruh dunia.
Sumber: Gaon, Hanteo