Menjelang seminggu sebelum pelancaran, album solo pertama dari Kai Exo ini semakin cetuskan sensasi!

Kai atau nama sebenarnya Kim Jong In, daripada kumpulan EXO ini tidak akan menghampakan peminat-peminat Exol yang menunggu sekian lama pelancaran album solo daripadanya.

Sejak beberapa hari lalu, Kai telah berkongsikan puluhan gambar ‘teaser’ yang diambil daripada latar belakang berbeda dengan setiap satunya mempunyai ceritanya tersendiri. Album solo terbarunya itu dinamakan sebagai ‘Kai’ bersempena nama jolokan diterimanya sepanjang beraksi bersama dengan EXO.

Pada hari ini pula, Kai berkongsikan serba sedikit maklumat mengenai senarai lagu-lagu untuk album solonya itu.  ‘Kai’ bakal mengandungi enam buah lagu, seperti juga amalan oleh rakan-rakan EXO terutamanya Baekhyun dalam beberapa album solo pernah dikeluarkan sebelum ini, yang mana akan bertemakan R&B dengan saduran muzik moden.

‘Mmmh’ yang menjadi single pertamanya merupakan lagu berentakkan pop R&B berkenaan dengan ketulusan luahan cinta. ‘Nothing on Me’ pula ialah sebuah lagu berentakkan PB R&B dengan dentuman kuat di bahagian chorusnya, dinukilkan ketika tertarik kepada seseorang kerana bau minyak wanginya. ‘Reason’ yang bernada progresif R&B ini pula, menggabungkan elemen ketagihan 808 dengan muzik kelab dan ditujukan buat seseorang yang ingin mengenali seseorang. Terakhir sekali, ‘Ride or Die’ berentakkan PB R&B dengan bunyi petikan gitar timur ini digubah oleh ChaCha Malone, berkisarkan tentang kelegaan seseorang setelah berjaya membebaskan dirinya daripada batasan.

 

Sumber: sbs news

loading...