BTS sapu bersih 2 anugerah di ‘2020 American Music Awards’ sebelum persembahkan ‘Life Goes On’ buat pertama kali

Sebelum membuat persembahan sulung single kedua mereka, ‘Life Goes On’ daripada album BE, BTS telah terlebih dahulu diangkat sebagai pemenang untuk kedua-dua kategori yang dipertandingkan di 2020 American Music Awards iaitu ‘Favorite Duo or Group – Pop/Rock’ dan ‘Favorite Social Artist’.

BTS menewaskan Jonas Brothers dan Maroon 5 untuk diangkat sebagai pemenang kategori ‘Favorite Duo or Group – Pop/Rock’ selain menewaskan Billie Eilish, EXO, Ariana Grande dan NCT 127 sekali untuk diangkat sebagai pemenang ‘Favorite Social Artist’ pula. Ini bukan kali pertama BTS memenangi anugerah seumpama demikian setelah merangkul kedua-dua anugerah itu pada tahun 2019.

Dalam ucapannya, BTS melahirkan rasa terkilan tidak dapat bersama dengan peminat kerana pandemik Covid-19 dan berterima kasih di atas sokongan diterima oleh mereka selama ini.

Di samping mempersembahkan ‘Life Goes On’ buat pertama kali ini, BTS juga membuat persembahan lagu ‘Dynamite’ yang membawakan nama mereka meraih kedudukan no.1 di dalam Billboard Hot 100.

Jom saksikan persembahan BTS.

Sumber: American Music Awards

loading...