BTS boleh tangguh “military service” sehingga berusia 30 tahun saja, tegas Jabatan Perkhidmatan Ketenteraan Korea

Jabatan Ketenteraan Korea membuat keputusan untuk meminda undang-undang perkhidmatan ketenteraan bagi melonggarkan kewajipan menjalani khidmat negara yang diperuntukkan ke atas lelaki warganegara Korea sebelum usia mereka mencecah 30 tahun yang telah terbukti mengharumkan nama negara di dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

Pindaan undang-undang itu bakal dikuatkuasakan selepas digubalkan sepenuhnya oleh wakil rakyat dalam mesyuarat parlimen seterusnya.

“Sekiranya kita tidak membenarkan artis-artis seperti BTS menangguhkan untuk perkhidmatan ketenteraan mereka, mereka tiada peluang lagi untuk menaikkan imej negara di masa akan datang,” kata salah seorang wakil rakyat Parti Demokratik dalam membahaskan usul tersebut.

Baca lagi maklumat tentang album terbaru:  BTS kembali mendunia dengan “comeback” terbaru; sasar tercalon & seterusnya menang Grammy Awards

BTS dalam masa yang sama turut mengulas tentang pendirian mereka tentang kewajipan untuk menyertai latihan ketenteraan. Mengikut perancangan awal, Kim Seok Jin akan menjalani khidmat ketenteraan selewat-lewatnya penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan kerana usianya akan mencecah 28 tahun ketika itu. Bagaimanapun, dengan pindaan undang-undang ini, Kim Seok Jin mampu menangguhkannya sehingga tahun 2022.

“Sebaik anak muda, berkhidmat dengan ketenteraan selalu jadi masalah negara. Jika ada panggilan untuk berkhidmat, saya akan bertindak balas dengan segera. Saya akan lakukannya tanpa lengah,” tegas Kim Seok Jin dalam sidang media pelancaran album BE sebentar tadi.

BE sudah pun dilancarkan pada jam 1 petang tadi dan MV “Life Goes On” boleh ditonton di Youtube sekarang.

Sumber:  Dispatch

loading...