IZONE akan membuat kemunculan semula dengan album ke-3 pada 7 Disember 2020 depan.
Mereka dikatakan akan mempersembahkan lagu single terbaru itu ketika beraksi di MAMA2020 pada sehari sebelumnya. Bagaimanapun, agensi mereka, Swing Entertainment tidak mengesahkan berita tersebut selain belum lagi menafikan berita pembubaran kumpulan itu yang dikatakan akan dibuat pada April tahun hadapan.
Sepanjang IZONE aktif berkarya di Korea dan Jepun, mereka telah mencipta kejayaan menggunung dengan meraih jumlah jualan album terkumpul yang sangat tinggi hampir mencecah 1 juta unit. Dengan pengeluaran album ketiga, mereka bakal menjadi kumpulan kpop kedua selepas TWICE yang paling pantas mencecah jualan 1 juta unit untuk semua album yang dikeluarkan dalam tempoh dua tahun sejak debut dan keempat selepas Blackpink, TWICE dan S.E.S ikut turutan untuk pengeluaran satu album pukal terbanyak di dalam seminggu menurut Gaon. Malah, mereka juga semakin mengekori pencapaian TWICE baru-baru ini di Jepun apabila album ‘Twelve’ berjaya meraih jualan melebihi 135,000 unit di dalam seminggu.
Sumber: newsen