Hyerin EXID terpaksa kerja sebagai pelayan restoren sebaik saja kontrak dengan agensi terdahulu berakhir

Hyerin (atau nama sebenarnya Seo Hye Lin) mengaku dia terpaksa bekerja sebagai pelayan restoren walaupun hanya untuk sementara sebaik saja kontraknya bersama dengan agensi terdahulu, Banana Culture berakhir pada 15 Januari 2020.

Dalam episod MBN ‘Miss Back’ baru-baru ini,Hyerin ditanya samada EXID akan terbubar jua satu masa nanti selepas kesemua ahli sudah pun menamatkan kontrak mereka bersama Banana Culture, agensi yang bertanggungjawab membawa nama mereka ke China.  “Tak, mana ada bubar. Setiap daripada kami sedang melakukan aktiviti secara peribadi selepas kontrak habis. Mereka jadi bimbang bila lima ahli ini terus aktif. Saya akan tetap menyanyi,” jelas Hyerin dalam nada yang positif.

Kemudian, penonton dihidangkan pula dengan video Hyerin sedang melayan pelanggan restoren. Hyerin mengaku tujuan dia bekerja adalah untuk bangun awal pagi dan mengelakkan dirinya menjadi semakin malas. “Saya dapat peluang bekerja di restoren Itali berdekatan dengan rumah,” dedahnya walaupun kerja itu hanyalah untuk sementara waktu saja.

Hyerin turut dikunjungi oleh rakan-rakan EXID, iaitu Hani, Solji dan L.E. yang menyokong keputusan Hyerin menganggotai MBN ‘Miss Back’.

Sumber: xsportnews

loading...